::our journey::

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 18 December 2012

adat dunia....

As Salam...

semua orang dalam dunia ni sukakan kecantikan keindahan...tambah-tambah lagi keindahan yang ciptakan oleh Allah. macam pemandangan yang memukau mata...membeliakkan kornea, mengangakan mulut sendiri....

ciptaan Allah memang sesempurna ciptaan. tak terbatas oleh apa-apa di dunia ni. walau di himpun sejuta saintis yang teror pun, takkan terlawan oleh ciptaan Allah.

lihatlah diri kita sendiri, cukup semuanya. ade telinga, mata untuk melihat, mulut yang boleh ternganga terkatup sendiri...tanpa kita sedar pun...tak da satu wayar  atau alat telekomunikasi pun disambung-sambung ke badan untuk memberikan signal dari otak ke anggota yang lain....subhanallah!

kesemuanya memerlukan saraf yang diperintahkan oleh Allah untuk berkerjasama. jadi mampu lagi kita nak mendustakan nikmatnya?mampu lagi kita nak buat-buat lupa pada Die setelah banyak yang Die bagi pada kita?

fikir-fikirkanlah bersama, wahai semua yang membaca, terbaca....atau apa-apa sahaja. sesiapa yang menghina ciptaan Allah...sesungguhnya die kufur nikmat.dia lupa, dia alpa...semua yang jadi dengan izin Dia.takkan Dia sengaja mencipta sesuatu tanpa alasan dan hikmah.

situasinya disini, jika kita cantik atau buruk...itu semua kerja Allah. jangan kita sibuk dengan kerja Dia. jangan menilai seseorang dengan rupa paras...itu semua pinjaman, itu semua ujian.

kita cantik, itu ujian. kita buruk pun itu ujian....ujian untuk diri sendiri samada kita bersyukur atau tidak dengan Dia. kita cantik, esok lusa bila kita tua, buruk juga kita...berkedut juga kita. pakailah colagen, botox segala bagai, tetap nampak tua. jangan menipu Allah.

kita buruk hari ini, jangan bersedih. bersyukurlah sesungguhnya Allah masih menghidupkan kita hari ini...esok lusa kita tak tahu rupa kita macam mana....jika Allah menginginkan kita jadi cerah, kulit mulus...sekelip mata Dia boleh buat.

yang penting di sini, hati mahu bersih...aku mengingatkan diri sendiri dan juga para pembaca yang sudi membaca. kita sama pernah dan ada membuat salah, tipulah manusia mana yang tak pernah buat salah tu.dia bukan Nabi Muhammad yang kita sayang, yang kita cinta...

apa yang ingin aku sampaikan ni, janganlah double standard pada yang tidak dikurniakan rupa yang menawan. dan janganlah diagung-agungkan si cantik rupawan hanya kerana dia ada rupa.

nilailah dari hati seseorang (cantik atau tidak) kerana dia

  1. seorang yang jujur
  2. seorang yang berpegang teguh dengan tali Allah
  3. seorang yang baik budi perkerti
  4. seorang yang berfikiran positive
  5. seorang yang memang rajin dan amanah dalam kerja
  6. seorang yang sentiasa tawadhuk
  7. seorang yang tajam akalnya
  8. seorang yang menjaga auratnya
  9. seorang yang menjaga tuturnya
  10. seorang yang berdisiplin
haruslah kita ingat, manusia itu buruk atau cantik di mata kita, belum tentu dia buruk atau cantik di depan Allah. kita sendiri pun tak tahu adakah kita terpilih ke syurga atau tidak dan jika kita terpilih pun melalui pintu yang mana?

memang adat dunia, memilih yang cantik, yang indah, yang rupawan....memang tak dinafikan. tapi dari konsep rupa paras seseorang mahu dibandingkan dan dinilai, aku memang tidak setuju 200%. aku tahu sehingga sekarang konsep memilih paras rupa masih jadi trend untuk mendapatkan kerja, menaikkan pangkat dan juga mendapatkan kawan dalam dunia.

pesan aku kepada semua, berhati-hati dengan apa yang kita buat sehari-harian dalam dunia ini. terutamanya hubungan kita dengan manusia dan apa yang kita sudah lakukan kepada orang disekeliling kita. adakah kita berlaku adil kepada mereka?adakah kita zalim?adakah kita sudah terfitnah orang lain?
tanya tanya tanya dan tanya pada diri kita sendiri...jangan bersembunyi disebalik kekufuran...Allah nampak apa yang kita buat, bahkan 1 saat yang kita buat hari-hari pun akan dihitung di akhirat....nantikan azab yang pedih dari Allah jika kita memperlekehkan ciptaanNya....

bagi si cantik, jika anda seorang yang baik budi pekerti, menjaga aurat, taat pada Allah dan mempunyai pelajaran yang baik.. keberuntungan bagi anda di dunia dan moga di akhirat hendaknya. Amin.

Wallahualam.....

cikASheenakcakapjugakjugak: jika kita cantik anggap itu bonus, jika kita tak ada rupa, anggap itu kurniaanNya...bersyukur dan berdoalah semoga dipermudah segalanya.  

Thursday 13 December 2012

HambeKKK kau!

Assalamualaikum....

dush!kasi lempang sikit kepada yang berkenaan...insiden pagi tadi masih aku rasa sampai sekarang.
selama aku hidup 25 tahun kat dunia ni, belum pernah aku mengungkapkan kata macam tu, dan berkata macam tu pada orang lain...

tapi, yang berkenaan tu sudah mencabar kewarasan dan kesabaran aku 10 kali ganda!mana boleh aku biar kan macam tu sahaja....kau nak suruh orang pijak kepala kau???

bagi aku taklah, aku still ada maruah!sungguh aku tak berharta, tak da duet yang banyak....tapi aku ada harga diri.itu yang buat aku berharga dari yang lain dalam dunia ni.....

hari ini memang dalam sejarah!

rasa macam mimpi pun ada, aku lontarkan kata-kata macam tu pada yang berkenaan semata-mata nak selamatkan maruah aku yang dah dia calarkan 5 bulan yang lepas.dimaki hamun tanpa sebab, kata-kata kesat memang dah selalu dapat!selama ni, aku diam je, aku tak kuasa nak layan...aku pendamkan je!

tapi inilah hasil dan keputusan memendamkan perkara yang tak betul!dah jadi barah dah pun,dah makin parah!HAMBEKKK KAU!setepek kena kat muka.

kan aku dah kata, sabar aku ada batas....mau cabar lagi....dah kena dah pun kan!sakit tak hati kau????kena halau dengan aku sekali?seronok tak?best tak aku maki kau sama macam ko maki aku dulu?

lenkali ko try lah buat hal lg time aku nak semayang!dose kau dapat!maki hamun pun kau dapat!buat lah lagi....kali ni, aku bagi penyepak pulak!

Friday 7 December 2012

Aku Pasrah....

salam semua ...


blog ni dah macam diari kadang-kadang..tapi bukanlah aku boleh sewenang-wenangnya tulis macam-macam di sini...cuma kadang-kadang aku mengadu jugak apa yang aku tak boleh simpan sorang-sorang di blog kusayang ini...dah lebih setahun umurnya....

memang aku tengah serabut yang teramat sangat sekarang...semua yang ada dihadapan ku semuanya menghimpit....balik rumah berdepan masalah....pegi kerja pun serabut jugak...tapi tak lah seserabut balik rumah, cuma bila teringat apa yang bos buat pada aku...semacam mensabotaj hidup aku sendiri. masalah berkaitan hati dan perasaan pada masa yang sama. kewangan yang sempit...memang orang kata, sabar....dan aku pun sekarang tengah sabar...tapi sampai bila?kan sabar manusia pun ada hadnya...

ketika aku leka menulis entri ni, aku terdengar lagu di ikim.fm...dan lagu yang sedang didendangkan adalah berkaitan kesabaran dan dugaan...dari kumpulan Firdaus. tidaklah pula aku tahu tajuknya...

terasa kena dengan situasi aku sekarang

"segala takdir terima lah dgn hati terbuka...
diuji tahap keimanan...
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja mendapat ujian...
Allah rindukan rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan teruskan berdoa..."

itu antara rangkap-rangkap lirik yang sempat singgah di telinga..
terasa macam...Ya Allah mugkin inilah hikmahMu...
Alhamdulillah...Jika sabarku sekarang yang mampu bawa aku ke syurga...
aku bersyukur...aku rela Ya Allah...


Monday 3 December 2012

terkenang ku di masa lalu...

Assalammualaikum...

hai all...tadi belek punye belek FB punye gambar...jumpe gambar yg telah ditag oleh seorang sahabat di FB....muka time tu sangatlah mcm kekanak belasan tahun...hehehe.terase tue plak diri ini tetibe kan...tapi ekceli bukanlah tua tapi org kate lebih kepada MATURED okeh.

gambar yang telah ditag oleh sahabat di FB itu adalah sekitar pertandingan Ihtifal Nasyid Kotemporari 2008....2012 tolak 2008 kan 4 taun bezanye...padanlah masa tu nampak mcm kekanak....yelakan dulu xpandai nak pakai eyeliner.....bedak pun tempek bedak jonsun je...(pronoun mak aku). 

aku sangat lah nak cari sebenarnye gambar tu, dulu aku ade byk...tp semuanye gara-gara lappy yg sudah tersalah akidah lalu menjahanamkan dirinya sendiri....lalu semuanya hilang dibawak virus yang singgah di lappy aku....

gambar yang aku maksudkan adalah ini....



seronok masa ni, nak masuk nasyid ni bukan senang tau...siap ada ujibakat lagi....
ceh, kiranya ini antara suara yang sedap dipillih la...kuikuikui
tapi, yg paling menggembirakan masa tu, team kami telah dipilih oleh juri sebagai johan fakulti...
tak salah aku, siap ada komen lg kot...suara harmoni....hehehe
kami telah bergabung dengan studen diploma part 1...yg mmg sgt sempoi...
oh lupe....peristiwa ini berlaku waktu aku di sem 5, diploma UiTM KEDAH DIHATIKU...hehehe



tengoklah betapa selengenye muka aku ms tu...kikikiki
oh lupa lagi....those yg main purchasion mmg sgt berbakat...dan sgt expert...
tabik sepering pd naimah...duduk nombor 3 plg kiri ...
bdk ni mmg lah terror plus superb main that bonggo..


kami dpt beg bertulis "Ihtifal Nasyid Kotemporari" sebagai hadiah. beg ni adalah sejenis beg yg multipurpose!
boleh isi lappy and le charger inside...
also, aku gune time aku turun surau nak stadi..buat isi batal..hehehe
kan aku dah ckp multipurpose tadi...


ekceli, ini sesaje nak share cite...aku mmg amat gemar pd nasyid...smpai lah skrg...bukan bermakna aku tak layan lgsg pd modern music, R&B ke, Pop ke, hape ke...aku layan je...linkinpark pun feberet aku...
cuma aku tak boleh nak pisahkan diri aku dengan nasyid...sesetengah org layan sesuatu music tu bermusim...
tapi tidak la bagi aku...nasyid mmg aku boleh lyn smpai bila-bila pun...

kalo korg nak tau..(kalo korg xnak tau pun aku nak cite jugak, ini belog aku kan....hehehe)...aku dah menjebakkan diri dalam arena nasyid ni dari zaman bebudak lagi...bermula dari darjah 3 lg aku masuk pertandingan nasyid.....and the most of pertandingan aku lah yang jadi solo...hehehe!
ok, bangga jap...(sila kasi pelempang pada ini perempuan!)


cikASheenakcakapjugakjugak:kalo ade kat opis ni bertanding, boleh ke cik Ashee nak masuk?agak-agak elaimen sore lari x?kuikuikui


Thursday 22 November 2012

nasihat kepada yang nak TERIMA nasihat!

Assalammualaikum....

ade orang kata, nasihat tu sangat berguna sesama manusia tak kira lah tua atau muda. memang aku setuju habis dengan kata orang tu.

tapi bagaimana pulak, kalau kita nasihatkan orang dengan:

1)ayat yang baik 
2)nada suara yang lembut semata-mata untuk kesedaran
3)nasihat yang semata-mata untuk kebaikan

TAPI, orang tu tolak mentah-mentah nasihat kita. jadi korang boleh kategori sebagai apa orang tu??

bagi aku lah kan, aku cop terus orang tu kepala batu dan ferum yang tahap leburnye berada diluar petala. dah sah-sah orang duk nasihatkan awak benda baik, halal lagi....tapi xmau terima!

dan lagi satu, jangan haraplah aku nak duk nasihatkan ang lagi. bahasa kasaq oghang kedah kata "pi mampuih kat ang lah, nak tebalik nak telingkup"

seyes, memang aku malas dah nak amik tau!dan dari situ jugak aku dah tau perangai ang macam mana. 

kata orang, mengajak kepada benda baik tu memang ade cabaran dan kena istiqamah. memang aku setuju tahap gaban dengan kenyataan tersebut. tapi kalau kawan kita sendiri yang xmau nak dengaq, ha pi mampuih kat ang laaa.......

baik la aku pi nasihat kepada yang berkenaan yang nak terima nasihat!buat perabih ayaq liuq duk nasihat kat ang. so, pasni ikut suka ang la macam mana. 

macam yang aku selalu pesan kat diri aku......kalau kemungkaran itu berlaku disekeliling kita, cegah ia dengan menggunakan tangan, jika tak mampu gunakan lidah dan jika masih lagi tak mampu...gunakanlah hati...

jadi, aku mengambil pendekatan menggunakan hati untuk cegah benda yang tak baik....iaitu aku ingatkan diri sendiri jangan buat seperti yang orang lain buat mungkar!


Wednesday 21 November 2012

Hikmah Allah Jadikan Kucing Untuk Dipelihara


Assalammualaikum....
Kali ini Cik Ashee nak membawa anda menyelami hikmah kita semua memelihara kucing di rumah. Selain kucing yang mempunyai raut wajah yang sangat comel dan mulus, hikmahnya memang terlalu banyak. Bagi yang tidak menggemari kucing, jadikanlah informasi ini sebagai salah satu langkah pertama yang anda dapat ambil untuk mendekatkan diri denganhaiwan yang sangat manja ini. Sebenarnya jika kita sayangkan haiwan terutamanya kucing, kita juga dapat pahala. Kerana kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad. Anda bolehlah rujuk pada informasi di bawah ini untuk matlumat lanjut: 
1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah
2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.
4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.
5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.
7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.
8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.
9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.
10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.
11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
Oleh sebab salah satu kelebihan membela kucing adalah dapat mengurangkan stress, maka terimalah kucen-kucen yang sangat gojes dan gedik dibawah unttuk tatapan semua.

tak de keje


terapi badan di atas batu


gemuks!


awak macam LuLu kite Lah


Orennye awak ni


ops!tekejut kite!



maru

Tuesday 20 November 2012

cerita yang BASI, bukan MAKANAN yang BASI

assalammualaikum.........kum ape? 

kum..kum....hahahahah.gelong aku nih....huhuu. ni juga merupakan sejenis setoli yang basi, di mana cerita dan lokasi celite sudah lama berlaku, hampir sebulan dah!heeeeeeeeeeee............akhirnya blog aku dipenuhi dengan selite-selite basi!

sebelum aidiladha yang lalu, bos aku (division aku je), dengan murah ati telah membelanja kami-kami staff-staff beliau. beliau telah mengorder dominos yang pelbagai rasa dan warna juga ayam yang telah digoreng di KFC.

lalu, kami pun dengan berlapang dada serta murah senyuman telah memakan makanan itu dengan senang hati dan rasa suka!akhir kata, makanan-makanan tersebut sangatlah sedap dan akibat daripada itu ia pun telah habis dikerjakan oleh kami-kami.hehehehehe..................




dominos yang sangat sedap!


heh!kami laparrrrrrr...................


tengok tu cicak tengah gelakkan kaw!


die eni..............eni angkat kain jemuran..............


deme dan mereka


aku laparrrr.......


die dahaga tahap cipan....


hasilnya...kami kenyang!buahahahahah


cikASheenakcakapjugakjugak:bos, tenkiu bos sbb belanje kami. ade rejeki lebih banje lagi bos!.gambar telah ditaja oleh puan hana....

Tuesday 6 November 2012

bila si buta mekap bersolek!

Assalamualaikum....

salah satu kekurangan yang tampak jelas nyata pada aku adalah BERMEKAP! saya ulangi tuan-tuan dan puan-puan...BERMEKAP!

aku lah orang paling ketinggalan zaman bila membincang isu alat solek dan seumpama dengannya. sampailah satu ketika, ketika di dalam surau opis...

aku nampak sesuatu di atas karpet, berhampiran cermin...lalu aku bertanya kepada kawan aku yang nak solat ketika itu...

aku: za....sapelah yang tertinggal benda alah ni kat sini..
za: ntah lah...xmekap la dia datang keje esok....mmmm.mende 2?? (tanpa kalih pada aku)
aku: eyeliner....tapi...huishhhh!siap ade pemadam kat belakang plak 2...hahahaha (aku gelak sakan sebab nampak macam kelakar je bende alah tu..)
za: mana...?? (ternganga...sesaat kemudian die gelak...hahahaha)
aku: (terpinga...) apsal ko gelak plak??
za: ni bukan pemadam laaaa....ni untuk betulkan bulu kening....hahhaahaha (sekali lagi aku kene gelak).
     fa....ni ape bende ko panggil? (die tanya kat kembar die yang masa 2 tengah cari telekung...)
fa: tu bukan untuk ni ke....(sambil isyarat ke bulu kening)
aku: (sambil nak cover malu....) ooooo....mana aku tau, sebab die letak sekali kat bahagian bontot eyeliner, ingatkan pemadam kalo salah conteng...hahahaha...


MALU AKU WEHH!!!

jadi, aku pun...dua tiga hari pastu menggodam mekap kakak aku yang sorang tu....tapi hasilnya, dah macam harem aku tengok.

korang tengok sendiri laaa...

dah macam nyah mak noks!




hahahahaha!dah rupa ape je....tang mata 2 aku main tonyok je, janji ade kaler...huh!memang FAIL!

Monday 5 November 2012

mana mau cari adik macam ni

assalamualaikum...

tak jawab dosa

semalam konvokesyen my kakak di UPM (MBA) sesi pagi hari terakhir....hujan plak pagi semalam...nasib tak kunyup, kalau tak ambik scroll pakai baju hujan laaa....

adik ni la yang setia tunggu si kakak sampai masuk dewan, rintik-rintik pun sanggup tunggu jugak. adik ni la yang bawakkan beg konvokesyen si kakak.

jubah kakak pun adik yang kecik kan...mana mau cari adik macam ni...hehe

tak caye, tengok sendiri...



sampai tido-tido adik jahit jubah kakak

siap jahit, kakak ajak pegi petaling street, cari bunga untuk konvo dia.



diorang tengah deal dengan tuan kedai, bagi harge murah sikit. 






bunga-bunga yang ada kat kedai tuan bunga. syantek sangat!



panas-panas pun adik tunggu jugak kakak beli bunga. mana mau cari adik macam ni...heheh



ni si kakak die tak perasan adik snap pic dia sebab tengah gila tengok bunga.


tadaaaaaaa....



ni bunga adik beli untuk si kakak..yang color purple

adik tengah sengkek ni, tapi adik beli jugak untuk kakak. mana mau cari adik macam ni...hehehe


adik suka rose kaler peach tu, tapi yang lavender punye kaler lagi gorges!





adik beli yang ni untuk diri adik..kuikui.


sian kan tak de sapa nak bagi adik bunga. so adik beli la untuk diri sendiri. letak kat opis, jadi bila orang tanya sapa bagi, adik kabor le, boipren adik bagi, boipren adik bagi....ngehngehngeh!


kawan kakak ni pun cari bunga nak bagi kat kakak. hah!tengok la dia punya reaction. "saya nak yang tu, ha yang tu pun saya nak jugak. yang biru pun ok gak, cantek!". kesimpulan: semua dia nak!

ok, nanti adik akan upload story konvo kakak. see u soon....



pps: adik bahagia dapat bunge siap letak kat meja opis.kuikuikui....



cikASheenakcakapjugakjugak: ni post saja-saja nak sakat my sis. sebab die tu jenis yang tak berapa nak ada perasaan...so kalau die baca, Ashee nak tengok reaction die, die bertindak balas dengan H20 ke atau bertindak balas dengan kuprum atau pun tahap rembesan di luar petala. hahaha



Wednesday 10 October 2012

hari hari pun ok kalo mcm ni...

weeeehuuuuu....i'm back!

oh, lupe plak, semekom....(hihi, sori der...). dah 2 hari setengah dah bos-bos semua berkampung di KLCC for IGEM 2012...(klik sini untuk maklumat lanjut). di jadikan cerita la kan, tinggal la aku dengan dua tiga kerat org je di opis ni....boring ke?sori der mmg xboring lgsg-lgsg....syiok lg ade laaa.....muahahahah!

yg bukan bos pun pegi melepak di sana berhari-hari. aku pun xtau ape function diorg nak menyibuk di sana lelame. (tp aku rs mcm nk amik alasan nak mengulat je...)hihihi. yelakan, yang len2 tu involve nye adalah dlm sehari je, tp sibuk nak join berhari-hari di sn,apekehey???yang disuruh involve utk berhari-hari 2 ok la kan...dah memang keje....yg len 2 reti-reti la blik ke tmpt asal....

apsal aku xinvolve?aku xdisuruh involve....so, bile org xsuruh xpyh la bt-bt pandai nak p sana....transpot pun jd mslh nnt. jem segala bagai....sebenarnya pd pndangan aku la kan, IGEM tu blh je library bkk offer utk membership.aku pun xfhm npe bos aku yg 'tersangat' la pandai ni xpikirkan soal ni....ish-ish rugi doh!

jadinye, kami-kami yang tggl ni opis ni dgn sgala rs seronoknye bermaharajalela la kami kuar rehat awal, balik rehat agak lewat dr biasa (10 minit je pun)....dan duduk di surau dalam setengah jam untuk berehat-rehat. tp setengah jam je tau....yela kami pun manusia jugak!alah lgpun staff lama lg la ikut sesedap gajah die je kuar rehat kul 12, tdo lg kat surau.heh!!!kite pun blh bt jgk.

jadinye lg, mood nak bt keje pun xdtg la...sbb keje-keje aku pun deal dgn department len jgk. dah diorg xde ape je aku blh buat kan...???(ayat nak cover malas sebenarnye..hehehe). eniwey, thanks pada korg2 yg sudi follow blog ni, dan bc isi kandungannye...sesungguhnye ia masih wujud macam dulu jgak....antara hamba allah yg follow blog ni adalah nurul hanisza rumet aku time diploma dulu...korg blh pegi ke blog die sendiri kat sini dan sana. yang sana tu blog apom dan juga jualan online yg die buat (okeh nza aku dah tulun ko peromot apom, kasi diskaun skit naaa....muahahaha). 


cikASheenakcakapjugakjugak: eniwey, keje sni jauh lebih ok dr keje penang dulu....satu lg, entri hari ni xde gambo....sbb xde gambo yg sesuai nak letak.hehehe (xkan nak letak gambo bos aku kot...)

membuak-buak melimpah ruah...

korang penah tengok tak air yang tengah mendidih, yang isipadu nye memang terlebih-lebih....

membuak buak, melimpah ruah....

mcm 2 la otak cik Ashee sekarang...byk idea skrg ini nak menulis, sampai nak mulakan mana satu pun kene buat solat istikharah...muahahahaha!aku tipu je!

ekceli kan...dah 9 bulan belok ini terperam di sini, sepi sunyi sendiri dan seangkatan dgnnye....jadi byak la cerita-cerita yang nak disharekan dgn org lain...

kisah yang begitu, yang begini....dalam tempoh 9 bulan tu jgk byak yang cik ashee belajar....

tambah-tambah dah berada di dua kompeni (opps!dh terbocor rahsia!) yang sgt2 different culture, language as to communicate, races, field, state, location, dan sume nye yg totally different each other...

insyaAllah, kalau tak ade apa-apa halangan, kite akan kongsikan sama-sama experience 2 times by times. 
doakan cik ashee panjang umur, sihat tubuh badan ye...insyaAllah, niat yang baik Allah permudahkan...AMIN


ni kolej PTPL Penang yg cik ashee keje dulu

okeh!bg clue laaa...ni kampeni yg sekarang



cikASheenakcakapjugakjugak: lain padang lain kerbau, lain orang lain bau...(ape kene mengene?)
                                                    muahahaha!

aku di sini sekarang.....

aku di mana?di mana kau Ashee?ashee di mana??

Aku di sini!ye di sini!

masih bernafas lg....

aucchwwww.....

punye lm dh xjenguk ini belog, sian kat die dh lm kene tggl....bkn i dh xsyg u, tp kate org kalo syg tggl2 kan...

kahkahkahkah!kasi gelak macam selalu.....

Ashee dah 9 bulan dah xhapdate ini belog....sian sungguh...bkn xmau tp kekangan2 yg membuatkan alias juga MALAS menyapu debu-debu yg berterbangan di sana sini.....(hah!dh mcm ayat keling je...!fhm2 sendiri lah bedah!)

mcm ni la spider web yg cik Ashee jumpe td
TAPI...

jgn anggap plak cik Ashee mendeliverkan seorang manusia ke bumi dlm tempoh itu....uishhhh kau!haru aku!suci lg tau!muahahahah

cik AShee dalam tempuh 9 bulan tu dah pernah keje di penang (kolej PTPL Penang) selama tak cukup 4 bulan....muehehehe, then benti sebab xbest langsung2...then di sini sekarang...

DI MANA??

nanti lah cite......kasi suspend skit.

to be continued....

Monday 9 January 2012

seni dari tangan

as salam

anda suke melukis?suke mewarna?sebenarnya tgn pun blh jd sumber inspirasi untuk dijadikan hasil seni yg sgt menarik...

saksikan sendiri...
































cantik kan?sangat kreatif....cikashee percaye hanya yg mahir dlm seni lukis dan warna shja yg mampu lakarkan imej2 seperti di atas dgn baik....apa2 pun....thumbs up laaaa!!!

Sunday 8 January 2012

kita serupa ke??


percaya x haiwan yg dipelihara akan mirip wajah tuannya

x percaye?

ok fine.....

jom kita tgk sm2..

*

*

*

*

*


tengok pakcik ni dgn cik an-an die...

sm x?

lebeh kurangkan...

tu tang misai tu...lebeh kurang

hahaaha


bentuk muke dah sm....


alamak mcm ala-ala laaaa....


ermm....??? korang rs mcm mn??



mulut u all sm la...

kikikiki...

jahat gile haku....


rambut dah sm...

tp

yg belah kanan ni gelap skit la plak

........



hehehe...mmg ade mirip..



CikASheenakcakapjugakjugak: pape pun it's just a joke....gambar-gambar ni sume dr google k....hanya utk fun shja...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...