::our journey::

Daisypath Friendship tickers

Sunday 27 February 2011

ape pulak kali ni...




 1)      Tikus apa yang ada 2 kaki?

2)      Itik apa yang ada 2 kaki?

3)      Gurun mana yang tanamannya subur?

4)      Buah apa ada gear?

5)      Bunga apa warna hitam?

6)      Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?

7)      Sungai apa paling tajam?

8)      Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?

9)      Ikan apa yg miskin?

10)   Ada sejenis kuih yang ada macam-macam rasa kuih. Ada rasa karipap,  ada rasa donat, ada rasa kuih pelita, ada rase apam, senang cerita ada rasa semua kuih la.. Kuih apa tu??

11)   Selain dari beruang..ade sekor lagi haiwan yg lagi kaya..apekah?? 

12)   Haiwan ape yang sekejap hitam,sekejap putih,hitam,putih?


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Jawapan: 

1)  Mickey Mouse

2)  Semua itik ada 2 kaki

3)  Gurun, Kedah

4)  Se Buah kereta

5)  Bunga tayar

6)  Pisang goreng

 7)  Sungai Lembing

8)  Orang utan

9)  Ikan kering

10)  Kuih-muih

11)  harimau..sebab die ade bank sendiri (maybank)

12)  PENGUIN YG BERGOLEK2


Friday 25 February 2011

Bahasa e-Bondaku - Part 1

Assalamualaikum....

Bace x tajuk kat atas 2? Ok, x bace lagi..pegi bacelah. Entri kali ni, nak ajo kome2 atau pn bkn kome2 (yang berminat lah) tentang bahasa e-Bonda cik Ashee. Nape e-Bonda yek? Sbb, kalo kome2 yang dah kenal cik Ashee atau pn blum knl lagi, cik Ashee adalah perakian sejati = anak jati perak yang tulen tanpa was2 lagi....hehehe. jd, cik Ashee dengan bangganye nk share lah bahasa yang selalu cik Ashee dan BOnda dan family cik Ashee gune kat ghomah cik Ashee di Parit, Perak. 

Jd, lebih tepat kat sni cik Ashee nak ajar kome2 atau pn bkn kome2 loghat orang perak atau lebih tepat lagi loghat paghit cik Ashee menerusi online. So, kalo ade kome2 atau bkn kome2 yang berminat nak belajo boleh le bace entri ini dan ikut entri2 yang akan datang. Kalo x berminat tak payah le bace...senangkan...kat bwh 2, cik Ashee ade sertakn perkataan2 yang jarang kome dengo bersame2 dengan maksud dan contohnye.

Pesanan penaja: pade warge perakian sekalian, kalo saloh ape yang cik Ashee tulis kat sni, tolong le betuikan yek....maklum le, cik Ashee ni pun baghu setahun jagung...

*

*

*

*


1)      Hingo = bising

A: ce ke diam kejap, hingo beno kome nih!
B: .................


2)      Gotok = jambatan

A: kamu lalu di mane tadi datang sni?
B: lalu ngikut gotok baghu tu ha....


3)      Nyeghongin = sengih sampai nampak gigi

A: suke beno ambik gambo nyeghongin
B: ate...iklan colgate


4)      Kajot = kecut

A: petang ni kite makan jemput pisang le yek mok?
B: pisang tu udoh kajot, tok sedap


5)      Mencoye = mencari2 sesuatu

A: ate jumpe ke basika nye yop?
B: tak mandang man....jenuh teman mencoyenye.... 


untuk kome sekalian teghimele lagu PAK UDE-BLUES BIO PAPE ASA BEGAYE. so, layans....




cikASheenakcakapjugakjugak: cintailah bahasa ibunda kite...

anakku bukan anakku - Part 1



entri kali bukan nak cite pasai sinetron 2..hehehe. ni hanyalah gmbar penghias belog semata-mata...nak cite pasai cik Ashee ni ha ade karang sikit cite....so, korang layan je la...

*

*

*

*

*


            Aku mengerling jam di dinding, sudah lebih jam 3 pagi. Sudah puas aku mengalihkan badan, kiri dan kanan, kadangkala mengiring. Namun mataku terlalu berat untuk tidur. Puas aku membaca ayat-ayat suci yang ku tahu sebagai pelindung dari syaitan dan iblis. Usaha ku ternyata sia-sia. Akhirnya aku bangun menuju ke bilir air. Hajatku hanya satu mengambil wuduk dan solat sunat. Hanya itu sahaja yang mungkin aku mampu lakukan tika ini.

         Usai solat aku menyambung kembali hajat yang tergendala tadi. Tiba-tiba mataku tertancap pada sebuah buku di atas meja tulisku. Aku merapati dan membukanya. Beberapa keping gambar terjatuh dari dalamnya. Aku meneliti satu persatu. Wajah emak dan kak salihah di ruang tamu rumah baru. Gambar yang dikirimkan kak salihah  sewaktu rumah baru kami yakni bantuan kerajaan telah siap dibina dan sudah diduduki baru seminggu. Ku tatap lagi wajah emak yang amat aku sayangi. 

         Wajahnya begitu mendamaikan jiwa. Tempat aku meluahkan kasih dan memperoleh sayang. Perasaan hiba, sayu, tiba-tiba menyelinap ke ruang hati. Rindu padanya membuak-buak hinggakan tanpa aku sedari air jernih mengalir membasahi pipi. Emak… betapa besar jasamu padaku. Tika tiada siapa yang kasihkan diri ini kau setia di sisi memberi kasihmu tanpa minta dibalas…

           Kisah 20 tahun yang lalu menerjah-nerjah kembali ke kotak fikiranku. Puas ku tepis, namun melesit.  Anak sia!!lebih baik mampus daripada hidup menyusahkan orang!!tak sedar diri!!!aku hanya mampu menahan telinga mendengar cemuhan bapak. Dalam usia yang hanya menjangkau 5 tahun, apalah yang aku tahu erti anak sial, anak setan dan berbagai lagi kata-kata kesat yang bapak keluarkan untuk aku. Kadangkala bila bapak mula marah-marah aku tidak tentu pasal aku hanya membatu diri duduk di bawah tangga rumah. 

        Dalam seusia itu aku tidak faham kenapa mesti bapak marah-marah padaku. Padahal aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Aku yang akan menjadi mangsa amarah bapak bila dia naik angin tidak kiralah kesalahan itu berpunca daripada siapa, Mesti aku yang akan mendapat habuan. Tak cukup dengan cemuhan, kaki tangan bapak pun hinggap di badan ku.

           Pernah suatu ketika, masa itu seingatku usiaku dalam 6 tahun. Aku bergaduh dengan kak kamilah. Kakak ku yang ketiga. Usia kami tak banyak beza. Dia baru saja bersekolah dalam darjah satu. Kami bergaduh kerana kak kamilah berebut buku cerita denganku. Walhal buku cerita tersebut milikku dibeli oleh kak normah, isteri abang pian dua pupuku. Dalam pergaduhan itu aku menang, Kerana aku sempat berlari ke sungai. Kak kamilah yang tak puas hati menangis lalu lari ke bilik.

         Sampaikan malam, tika seluruh keluarga menikmati makan malam kak kamilah tak keluar-keluar dari bilik. Masih menangis kerana tak dapat buku yang dihajatinya. Tika itu bapak ambil langkah menyoal emak yang baru hendak menyuap nasi ke mulut. Pada mulanya, emak serba salah hendak bercerita. Kerana emak takut aku dibaham bapak bila tahu duduk perkara sebenar. Sangkaan emak memang benar, selepas bapak pujuk kak kamilah, bapak koyak-koyak buku cerita kesayanganku. 

            Saat itu aku hanya mampu melopong, terkejut dengan tindakan bapak, sedih kerana milikku diperlakukan sesuka hati. Bapak janji dengan kak kamilah, esok akan ke pekan beli buku yang lagi bagus.  Bapak pujuk kak kamilah selembut yang mungkin. Tapi sebaliknya untukku. Sudahlah buku itu dikoyak-koyak, aku diheret oleh bapak ketika mahu menghadap rezeki. Bapak heret aku turun tangga sampaikan ke halam rumah. Tak cukup itu bapak tarik rambut, bapak tonyoh muka aku ke simen tangga. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Walau beribu kali aku menjerit minta dikasihani, bapak takkan peduli. Bukan emak tak mahu halang, tapi emak takut aku akan diperlakukan lebih teruk.

           Hasilnya, lebam-lebam mukaku. Bibirku pecah. Emak pujuk, emak sapu ubat di tempat yang luka. Emak peluk aku erat-erat. Emak pesan, 'jangan bergaduh dengan kakak lagi. Jangan bergaduh dengan sesiapa pun, biarlah adik beralah. Sebab Allah kan ada, Allah tahu adik tak salah'........


Bersambung................



CikAsheenakcakapjugakjugak: ini hanyalah rekaan semata-semata. tidak ada kena mengena dengan yang sedang hidup atau yang telah pergi....

Thursday 24 February 2011

Ha...cube korang teke...

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

4) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

5) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

6) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

7) Kotak ape yang berdosa?

*

*

*

*

 So, cekidaud the answers...

*

*

*

*

and the answers is.......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

jeng jeng jeng................
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2) MILO AIS

3) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

4) Semut yang matanya BENGKAK

5) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

6) kambing binATANG

7) ko tak semayang..............hehehe, huhuhuhu





cikASheenakcakapjugakjugak: jgn mrh ekk.....hanya bergurau shj dgn teka teki diatas 2, peace =)


Wednesday 23 February 2011

blog blog blog blog.......

Assalamualaikum...

cube bace perkataan blog 2...berulang kali 
sampai anda rasa semput xcukup nafas...
sahih, sah, konfem dan tidak syak 
lagi anda bagaikn seperti ikan y 
bernafas dalam ayo...hahahaha....
itu yang tuan empunya belog rs tatkala ini....
rs ape??? rs mcm.....mcm bengoong2...


ekceli.....this is my 1st belog and my 1st entry. 
wah! clap ur hands lah...cik ashee da ade belog weh!
huhuhuh....sbb 2 la cik ashee rs mcm bengong2....
ilmu ttg membelog bkn membelok ye encik2...
membelog is zero =0 bkn zoro ye! dah kn plak 
membelogingkn diri dlm dunia yang serba canggih 
ni, dunia tanpa sempadan bak kata lekcere aku....


tp xpe la....
ade baikny kot semua 2.....ekceli lg, this belog is 
requested by our lebly punye lebly punye lebly 
lekcere....MR. ___ool__ie. (bkn nm sebenaq....). 
ok, jd sila-sila lah ke belog sy lg selepas ini,
meninjau, merasa dan mendalami isi kndngan belog ini....
entry2 y hot, menyengat, panas tak hengat 
akan di postkn utk ruangan y akn dtg k....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...