::our journey::

Daisypath Friendship tickers

Friday 25 February 2011

anakku bukan anakku - Part 1



entri kali bukan nak cite pasai sinetron 2..hehehe. ni hanyalah gmbar penghias belog semata-mata...nak cite pasai cik Ashee ni ha ade karang sikit cite....so, korang layan je la...

*

*

*

*

*


            Aku mengerling jam di dinding, sudah lebih jam 3 pagi. Sudah puas aku mengalihkan badan, kiri dan kanan, kadangkala mengiring. Namun mataku terlalu berat untuk tidur. Puas aku membaca ayat-ayat suci yang ku tahu sebagai pelindung dari syaitan dan iblis. Usaha ku ternyata sia-sia. Akhirnya aku bangun menuju ke bilir air. Hajatku hanya satu mengambil wuduk dan solat sunat. Hanya itu sahaja yang mungkin aku mampu lakukan tika ini.

         Usai solat aku menyambung kembali hajat yang tergendala tadi. Tiba-tiba mataku tertancap pada sebuah buku di atas meja tulisku. Aku merapati dan membukanya. Beberapa keping gambar terjatuh dari dalamnya. Aku meneliti satu persatu. Wajah emak dan kak salihah di ruang tamu rumah baru. Gambar yang dikirimkan kak salihah  sewaktu rumah baru kami yakni bantuan kerajaan telah siap dibina dan sudah diduduki baru seminggu. Ku tatap lagi wajah emak yang amat aku sayangi. 

         Wajahnya begitu mendamaikan jiwa. Tempat aku meluahkan kasih dan memperoleh sayang. Perasaan hiba, sayu, tiba-tiba menyelinap ke ruang hati. Rindu padanya membuak-buak hinggakan tanpa aku sedari air jernih mengalir membasahi pipi. Emak… betapa besar jasamu padaku. Tika tiada siapa yang kasihkan diri ini kau setia di sisi memberi kasihmu tanpa minta dibalas…

           Kisah 20 tahun yang lalu menerjah-nerjah kembali ke kotak fikiranku. Puas ku tepis, namun melesit.  Anak sia!!lebih baik mampus daripada hidup menyusahkan orang!!tak sedar diri!!!aku hanya mampu menahan telinga mendengar cemuhan bapak. Dalam usia yang hanya menjangkau 5 tahun, apalah yang aku tahu erti anak sial, anak setan dan berbagai lagi kata-kata kesat yang bapak keluarkan untuk aku. Kadangkala bila bapak mula marah-marah aku tidak tentu pasal aku hanya membatu diri duduk di bawah tangga rumah. 

        Dalam seusia itu aku tidak faham kenapa mesti bapak marah-marah padaku. Padahal aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Aku yang akan menjadi mangsa amarah bapak bila dia naik angin tidak kiralah kesalahan itu berpunca daripada siapa, Mesti aku yang akan mendapat habuan. Tak cukup dengan cemuhan, kaki tangan bapak pun hinggap di badan ku.

           Pernah suatu ketika, masa itu seingatku usiaku dalam 6 tahun. Aku bergaduh dengan kak kamilah. Kakak ku yang ketiga. Usia kami tak banyak beza. Dia baru saja bersekolah dalam darjah satu. Kami bergaduh kerana kak kamilah berebut buku cerita denganku. Walhal buku cerita tersebut milikku dibeli oleh kak normah, isteri abang pian dua pupuku. Dalam pergaduhan itu aku menang, Kerana aku sempat berlari ke sungai. Kak kamilah yang tak puas hati menangis lalu lari ke bilik.

         Sampaikan malam, tika seluruh keluarga menikmati makan malam kak kamilah tak keluar-keluar dari bilik. Masih menangis kerana tak dapat buku yang dihajatinya. Tika itu bapak ambil langkah menyoal emak yang baru hendak menyuap nasi ke mulut. Pada mulanya, emak serba salah hendak bercerita. Kerana emak takut aku dibaham bapak bila tahu duduk perkara sebenar. Sangkaan emak memang benar, selepas bapak pujuk kak kamilah, bapak koyak-koyak buku cerita kesayanganku. 

            Saat itu aku hanya mampu melopong, terkejut dengan tindakan bapak, sedih kerana milikku diperlakukan sesuka hati. Bapak janji dengan kak kamilah, esok akan ke pekan beli buku yang lagi bagus.  Bapak pujuk kak kamilah selembut yang mungkin. Tapi sebaliknya untukku. Sudahlah buku itu dikoyak-koyak, aku diheret oleh bapak ketika mahu menghadap rezeki. Bapak heret aku turun tangga sampaikan ke halam rumah. Tak cukup itu bapak tarik rambut, bapak tonyoh muka aku ke simen tangga. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Walau beribu kali aku menjerit minta dikasihani, bapak takkan peduli. Bukan emak tak mahu halang, tapi emak takut aku akan diperlakukan lebih teruk.

           Hasilnya, lebam-lebam mukaku. Bibirku pecah. Emak pujuk, emak sapu ubat di tempat yang luka. Emak peluk aku erat-erat. Emak pesan, 'jangan bergaduh dengan kakak lagi. Jangan bergaduh dengan sesiapa pun, biarlah adik beralah. Sebab Allah kan ada, Allah tahu adik tak salah'........


Bersambung................



CikAsheenakcakapjugakjugak: ini hanyalah rekaan semata-semata. tidak ada kena mengena dengan yang sedang hidup atau yang telah pergi....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...