::our journey::

Daisypath Friendship tickers

Thursday 22 November 2012

nasihat kepada yang nak TERIMA nasihat!

Assalammualaikum....

ade orang kata, nasihat tu sangat berguna sesama manusia tak kira lah tua atau muda. memang aku setuju habis dengan kata orang tu.

tapi bagaimana pulak, kalau kita nasihatkan orang dengan:

1)ayat yang baik 
2)nada suara yang lembut semata-mata untuk kesedaran
3)nasihat yang semata-mata untuk kebaikan

TAPI, orang tu tolak mentah-mentah nasihat kita. jadi korang boleh kategori sebagai apa orang tu??

bagi aku lah kan, aku cop terus orang tu kepala batu dan ferum yang tahap leburnye berada diluar petala. dah sah-sah orang duk nasihatkan awak benda baik, halal lagi....tapi xmau terima!

dan lagi satu, jangan haraplah aku nak duk nasihatkan ang lagi. bahasa kasaq oghang kedah kata "pi mampuih kat ang lah, nak tebalik nak telingkup"

seyes, memang aku malas dah nak amik tau!dan dari situ jugak aku dah tau perangai ang macam mana. 

kata orang, mengajak kepada benda baik tu memang ade cabaran dan kena istiqamah. memang aku setuju tahap gaban dengan kenyataan tersebut. tapi kalau kawan kita sendiri yang xmau nak dengaq, ha pi mampuih kat ang laaa.......

baik la aku pi nasihat kepada yang berkenaan yang nak terima nasihat!buat perabih ayaq liuq duk nasihat kat ang. so, pasni ikut suka ang la macam mana. 

macam yang aku selalu pesan kat diri aku......kalau kemungkaran itu berlaku disekeliling kita, cegah ia dengan menggunakan tangan, jika tak mampu gunakan lidah dan jika masih lagi tak mampu...gunakanlah hati...

jadi, aku mengambil pendekatan menggunakan hati untuk cegah benda yang tak baik....iaitu aku ingatkan diri sendiri jangan buat seperti yang orang lain buat mungkar!


Wednesday 21 November 2012

Hikmah Allah Jadikan Kucing Untuk Dipelihara


Assalammualaikum....
Kali ini Cik Ashee nak membawa anda menyelami hikmah kita semua memelihara kucing di rumah. Selain kucing yang mempunyai raut wajah yang sangat comel dan mulus, hikmahnya memang terlalu banyak. Bagi yang tidak menggemari kucing, jadikanlah informasi ini sebagai salah satu langkah pertama yang anda dapat ambil untuk mendekatkan diri denganhaiwan yang sangat manja ini. Sebenarnya jika kita sayangkan haiwan terutamanya kucing, kita juga dapat pahala. Kerana kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad. Anda bolehlah rujuk pada informasi di bawah ini untuk matlumat lanjut: 
1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah
2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.
4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.
5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.
7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.
8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.
9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.
10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.
11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
Oleh sebab salah satu kelebihan membela kucing adalah dapat mengurangkan stress, maka terimalah kucen-kucen yang sangat gojes dan gedik dibawah unttuk tatapan semua.

tak de keje


terapi badan di atas batu


gemuks!


awak macam LuLu kite Lah


Orennye awak ni


ops!tekejut kite!



maru

Tuesday 20 November 2012

cerita yang BASI, bukan MAKANAN yang BASI

assalammualaikum.........kum ape? 

kum..kum....hahahahah.gelong aku nih....huhuu. ni juga merupakan sejenis setoli yang basi, di mana cerita dan lokasi celite sudah lama berlaku, hampir sebulan dah!heeeeeeeeeeee............akhirnya blog aku dipenuhi dengan selite-selite basi!

sebelum aidiladha yang lalu, bos aku (division aku je), dengan murah ati telah membelanja kami-kami staff-staff beliau. beliau telah mengorder dominos yang pelbagai rasa dan warna juga ayam yang telah digoreng di KFC.

lalu, kami pun dengan berlapang dada serta murah senyuman telah memakan makanan itu dengan senang hati dan rasa suka!akhir kata, makanan-makanan tersebut sangatlah sedap dan akibat daripada itu ia pun telah habis dikerjakan oleh kami-kami.hehehehehe..................




dominos yang sangat sedap!


heh!kami laparrrrrrr...................


tengok tu cicak tengah gelakkan kaw!


die eni..............eni angkat kain jemuran..............


deme dan mereka


aku laparrrr.......


die dahaga tahap cipan....


hasilnya...kami kenyang!buahahahahah


cikASheenakcakapjugakjugak:bos, tenkiu bos sbb belanje kami. ade rejeki lebih banje lagi bos!.gambar telah ditaja oleh puan hana....

Tuesday 6 November 2012

bila si buta mekap bersolek!

Assalamualaikum....

salah satu kekurangan yang tampak jelas nyata pada aku adalah BERMEKAP! saya ulangi tuan-tuan dan puan-puan...BERMEKAP!

aku lah orang paling ketinggalan zaman bila membincang isu alat solek dan seumpama dengannya. sampailah satu ketika, ketika di dalam surau opis...

aku nampak sesuatu di atas karpet, berhampiran cermin...lalu aku bertanya kepada kawan aku yang nak solat ketika itu...

aku: za....sapelah yang tertinggal benda alah ni kat sini..
za: ntah lah...xmekap la dia datang keje esok....mmmm.mende 2?? (tanpa kalih pada aku)
aku: eyeliner....tapi...huishhhh!siap ade pemadam kat belakang plak 2...hahahaha (aku gelak sakan sebab nampak macam kelakar je bende alah tu..)
za: mana...?? (ternganga...sesaat kemudian die gelak...hahahaha)
aku: (terpinga...) apsal ko gelak plak??
za: ni bukan pemadam laaaa....ni untuk betulkan bulu kening....hahhaahaha (sekali lagi aku kene gelak).
     fa....ni ape bende ko panggil? (die tanya kat kembar die yang masa 2 tengah cari telekung...)
fa: tu bukan untuk ni ke....(sambil isyarat ke bulu kening)
aku: (sambil nak cover malu....) ooooo....mana aku tau, sebab die letak sekali kat bahagian bontot eyeliner, ingatkan pemadam kalo salah conteng...hahahaha...


MALU AKU WEHH!!!

jadi, aku pun...dua tiga hari pastu menggodam mekap kakak aku yang sorang tu....tapi hasilnya, dah macam harem aku tengok.

korang tengok sendiri laaa...

dah macam nyah mak noks!




hahahahaha!dah rupa ape je....tang mata 2 aku main tonyok je, janji ade kaler...huh!memang FAIL!

Monday 5 November 2012

mana mau cari adik macam ni

assalamualaikum...

tak jawab dosa

semalam konvokesyen my kakak di UPM (MBA) sesi pagi hari terakhir....hujan plak pagi semalam...nasib tak kunyup, kalau tak ambik scroll pakai baju hujan laaa....

adik ni la yang setia tunggu si kakak sampai masuk dewan, rintik-rintik pun sanggup tunggu jugak. adik ni la yang bawakkan beg konvokesyen si kakak.

jubah kakak pun adik yang kecik kan...mana mau cari adik macam ni...hehe

tak caye, tengok sendiri...



sampai tido-tido adik jahit jubah kakak

siap jahit, kakak ajak pegi petaling street, cari bunga untuk konvo dia.



diorang tengah deal dengan tuan kedai, bagi harge murah sikit. 






bunga-bunga yang ada kat kedai tuan bunga. syantek sangat!



panas-panas pun adik tunggu jugak kakak beli bunga. mana mau cari adik macam ni...heheh



ni si kakak die tak perasan adik snap pic dia sebab tengah gila tengok bunga.


tadaaaaaaa....



ni bunga adik beli untuk si kakak..yang color purple

adik tengah sengkek ni, tapi adik beli jugak untuk kakak. mana mau cari adik macam ni...hehehe


adik suka rose kaler peach tu, tapi yang lavender punye kaler lagi gorges!





adik beli yang ni untuk diri adik..kuikui.


sian kan tak de sapa nak bagi adik bunga. so adik beli la untuk diri sendiri. letak kat opis, jadi bila orang tanya sapa bagi, adik kabor le, boipren adik bagi, boipren adik bagi....ngehngehngeh!


kawan kakak ni pun cari bunga nak bagi kat kakak. hah!tengok la dia punya reaction. "saya nak yang tu, ha yang tu pun saya nak jugak. yang biru pun ok gak, cantek!". kesimpulan: semua dia nak!

ok, nanti adik akan upload story konvo kakak. see u soon....



pps: adik bahagia dapat bunge siap letak kat meja opis.kuikuikui....



cikASheenakcakapjugakjugak: ni post saja-saja nak sakat my sis. sebab die tu jenis yang tak berapa nak ada perasaan...so kalau die baca, Ashee nak tengok reaction die, die bertindak balas dengan H20 ke atau bertindak balas dengan kuprum atau pun tahap rembesan di luar petala. hahaha



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...