::our journey::

Daisypath Friendship tickers

Thursday 22 November 2012

nasihat kepada yang nak TERIMA nasihat!

Assalammualaikum....

ade orang kata, nasihat tu sangat berguna sesama manusia tak kira lah tua atau muda. memang aku setuju habis dengan kata orang tu.

tapi bagaimana pulak, kalau kita nasihatkan orang dengan:

1)ayat yang baik 
2)nada suara yang lembut semata-mata untuk kesedaran
3)nasihat yang semata-mata untuk kebaikan

TAPI, orang tu tolak mentah-mentah nasihat kita. jadi korang boleh kategori sebagai apa orang tu??

bagi aku lah kan, aku cop terus orang tu kepala batu dan ferum yang tahap leburnye berada diluar petala. dah sah-sah orang duk nasihatkan awak benda baik, halal lagi....tapi xmau terima!

dan lagi satu, jangan haraplah aku nak duk nasihatkan ang lagi. bahasa kasaq oghang kedah kata "pi mampuih kat ang lah, nak tebalik nak telingkup"

seyes, memang aku malas dah nak amik tau!dan dari situ jugak aku dah tau perangai ang macam mana. 

kata orang, mengajak kepada benda baik tu memang ade cabaran dan kena istiqamah. memang aku setuju tahap gaban dengan kenyataan tersebut. tapi kalau kawan kita sendiri yang xmau nak dengaq, ha pi mampuih kat ang laaa.......

baik la aku pi nasihat kepada yang berkenaan yang nak terima nasihat!buat perabih ayaq liuq duk nasihat kat ang. so, pasni ikut suka ang la macam mana. 

macam yang aku selalu pesan kat diri aku......kalau kemungkaran itu berlaku disekeliling kita, cegah ia dengan menggunakan tangan, jika tak mampu gunakan lidah dan jika masih lagi tak mampu...gunakanlah hati...

jadi, aku mengambil pendekatan menggunakan hati untuk cegah benda yang tak baik....iaitu aku ingatkan diri sendiri jangan buat seperti yang orang lain buat mungkar!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...