::our journey::

Daisypath Friendship tickers

Thursday 1 March 2018



As salam...

kepada semua yang membaca entry ini.. sudah terlalu lama meninggalkan dunia blogging ini. sudah banyak pun perkara yang berlaku dalam hidup aku sendiri. tapi hari ini tetibe teringat sangat pada blog kesayangan ni yang dah lama sangat aku tinggal... 

Antara perkara besar+terpenting yang dah jadi dalam hidup adalah:
1) aku kawen
2) aku dah bersalinkan anak perempuan 
3) aku dah berhenti kerja di beberapa buah syarikat... (ayat nak ganas aje,hahaha)
4) aku tinggal di rawang sekarang 
5) aku tengah bosan...hehehe. 

untuk tahun2 yang telah berlalu itu, aku rs nak sangat aku rangkumkan peristiwa2 tersebut dengan gamba2 yang awesome utk tatapan pembaca entry ini. 


ok,saksikan...


ok, ini gambar masa majlis kawen di rumah aku. 
aku sangat puas hati dengan juru gambar ni, tp bile part edit gambar pd tokey photog tu aku sgt la sakit ati, abis gambar aku di edit ala2 retro...effect kuning belaka. bencik!!!tobat xkan rekemen pada sape2 lagi dah. ekceli, tokey photog tu sub kan je job die pada si photog tu. 


so, inilah my shuben aka teman gado, teman makan, teman sembang, teman luah masalah, teman cari masalah pun die jugek..hensem???ok, sila tutup mata korang rapat2 skrg...kang ada yang terpikat plak...hahaha. gambar kawen ada, tp malas nak geledah..hehehe. 


6 bulan lepas kawen, cik ashee disahkan hamil. alhamdulillah...tepat2 1 minggu lepas cik ashee abis kontrak keje di taylors. gambar ni mmg kenangan, esok2 kalo anak dh besar die boleh lah geledah blog ni.hehehe. 


alhamdulillah, 11 januari 2015, cik ashee selamat lahirkan seorang baby perempuan yang sangat gebu, cantik dan comel. aku namakan die Ayra Salsabila. bermaksud, yang dihormati dan mata air syurga. Gambar ini masa yaya (ok, aku panggil die yaya) admitkan hosp sebab susu keluar ikut hidung. mak dia risau, terus g hosp kejap2 tu jugak. dr. kate itu normal, tp boleh je kalo nak pantau di hosp kalo risau. so aku decide biarlah admit jap...masa yaya baru 9 hari. ptg tu putus tali pusat, mlm admit...ahahahah.  


yaya lahir masa kandungan 40w 11 hari. lamakan baru die nak keluar...itupun sebab dah induce...kalo x, maunye ddk je dalam perut xnak keluar2. pada 40w 9 hari, aku terpaksa sedar diri di hospital teluk intan, sbb tanda2 utk bersalin xada langsung. so, hari ke 10 jam 7. 35 pagi aku di induce, masuk ubat dibawah, kemudian jam 1.30 tghari induce melalui kaedah belon. (yang dah lalui mesti faham aoa yang aku maksudkan). nanti bile2 aku nak buat entry pasal bersalin plak. 



so, yaya lahir hari keesokkannya, hari ke 11 melalui ceaseran.hahaha, penat je sakit induce last2 czer. yaya dah berak masa dr. pecahkan air ketuban. bukakan masa tu dah 6 cm....nak xnak terpakse czer jgk sbb takut yaya mamam tahi sendiri kalo biar lama2..mummy is pasrah!


ni, gambar masa keje di taylors uni as a librarian. tapi sayang, kontrak je..kwn2 kat sana sgt la awesome!walaupun penat ulang alik rawang-subang dengan tren.tergeliat kaki, turun gelap balik gelap, lari kejar tren...tren lari dari aku..tapi xpernah rasa fedup keje situ. semua sbb kwn2 yg gile2.blh hangout sm2...



ni plak gambar2 time kurus dulu2....menangis la tengok gambar sendiri,sbb ssh woooo nak dapatkan balik bdn mcm tu. i ni xla kurus sgt dulu, tp kurus la jgk berbnding skrg punye tembam.





gambar masa jadi model tudung rekaan sendiri...jadila, dpt jgk la duit tepi buat belanja. buat tudung/shawl jual kat kengkwn opis.



rasanya, cukup setakat itu je dulu mukadimah utk permulaan pembukaan semula blog ni.ada masa aku akan update lagi, ok mintak diri dulu...as salam. 




Thursday 23 January 2014

Hola...

I'm back...dah berape bulan dah tak ngadap blog ni...huuhu.dah mcm2 benda yg jd dlm ms 6 bulan...
ade yang suka, sedih...kelat...tapi yang banyaknye...suka la...weeeeeee....hahah!

ok, cop!aku ingin mengisytiharkan bahawa aku telah pun berstatus darah manis....weeeeeee.

dan aku pun dah bertukar kerja di subang jaya...position still sama....

ok, nak stori di sini,...dalam masa 6 bulan yang lepas, aku sebenarnya sibuk dengan agenda+majlis+event+seangkatan dengannya...aku telah pun ditunangkan pada 03/03/13. wah!tarikh dah macam ela fajila pulak kan......ekceli jgn slh erti plak frasa ditunangkan tu. ini bukan kawen pakse maaa.....ini suke lele maaa....hahah!gelak lagi...

jadi, selama tempoh itu ke tarikh 030313 tu, banyak benda yang perlu disetelkan.....hantaran, mini pelamin yang digubah sendiri, mekap, isi dalam dulang, hiasan hantaran+++++ lain2.

plus jgk, internet yang tidak mengizinkan pada detik tu. modem streamyx di rumah aku telah menjahanamkan dirinya sendiri...lalu die pun telah terpesong akidah.

Wednesday 13 February 2013

Program Diet Bersama: Natural Clenx Tea

Assalamualaikum.......

wah hah!aku dh lama tak hapdate cerita kat sini....sejak tahun baru datang sampailah tahun baru cina datang jugak, blog ini dah aku tinggal2kan...

sian kau sayang

eniway, aku masih dengan misi menguruskan berat badan. menguruskan perut yang sangat2 memalukan aku, menguruskan lengan dan peha yang menyebabkan orang lain salah anggap kat aku dengan mensabitkan bahawa AKU GEMUK!

itu MASALAH aku

oh no!aku tak boleh terima kenyataan itu. aku bukan gemuk....sbb kalo nak ukur, ukuran dada dan bahu aku still sama macam dulu, cumanya lemak yang berkumpul di bahagian perut, lengan dan peha.

AKIBATnya....

orang lihat aku gemuk, sbb susah nak cari baju, kalo amik saiz besar skit, bahu jatuh, lengan cun2, punggung dan perut pun cun2...kalo amik saiz kecik skit plak lengan jadi sempit, dan menampakkan perut yang boroi.....oh sangat memalukan ok!selalu kalo beli baju akan otter kat tang bahu dan dada...

so CONCLUSION...

setelah diamati, aku mengambil keputusan untuk mencuba Natural Clenx Tea. Teh ini adalah ramuan daripada 100% natural organic green tea dan herba yang telah mendapat sijil pengesahan dari Kementerian Kesihatan dan JAKIM. so, teh ini sangat sesuai diminum dan selamat diminum...dan die ada peket2 kecik, senang dibawa kemana-mana pun



rasa teh ini, ok je...macam teh biase, cube terbau jugaklah bau herba dia. tapi itu tidak menjadi masalah sebab, baunye tak obvious sangat pun. sedap je pada tekak aku. aku minum setiap kali meals dan compulsory setiap malam selepas dinner.

ehem....kalo ade orang kate teh ini menyebabkan kite yang minum ini cirit-birit itu sangatlah normal. nama pun proses detoxify confirm2 la akan membersihkan usus kita sebersih2nya...

macam aku, hari ini adalah hari ke 3 aku gunakan clenx tea....dua malam selepas aku start minum dan semalam aku ulang g toilet 5 kali kot. but still ok...even aku ulang ke toilet pun, aku tak cepat rasa letih dan tak cepat rasa lapar...cuma lenguh sikit la kaki tu kan....(faham2 la, bukan jamban duduk). sangat berbeza dengan cirit-birit causes of food poisioning....kalo yang tu, baru 3 kali pun rasa nak merangkak keluar dari toilet...bahahahaha

untuk hari ini pulak, just pagi tadi je aku ke toilet....sampai ke jam ini, aku still ok. aku dah baca testimoni dari internet mengenai public yang pernah amalkan clenx tea, mereka jugak mengata cirit-birit kalo teruk sikit pun mungkin jadi pada hari pertama atau permulaan penggunaan clenx tea. hari seterusnya dah ok, tapi kita still membuang....

tapi bagus sebenarnya clenx tea ni, bagi orang macam aku yang susah sangat nak membuang ini adalah cara terbaik untuk melancarkan sistem usus, dan nak elak masalah senak dan sebu perut. badan jadi ringan...

cuma, pastikan kita topap balik air yang dah hilang dari badan kita dan pastikan kita cukup air. ini untuk membuatkan kita segar walaupun dah membuang dan untuk dapatkan kulit yang cantik. and 1 more important thing, kurangkan makan makanan yang berlemak, bersenamlah at least 1kali seminggu...(ini adalah pesanan untuk diri sendiri)bahahaha

cikASheenakcakapjugakjugak: harap2 cik Ashee boleh turun skit berat badan sebelum 3/3/13 ni...hehehe




Tuesday 18 December 2012

adat dunia....

As Salam...

semua orang dalam dunia ni sukakan kecantikan keindahan...tambah-tambah lagi keindahan yang ciptakan oleh Allah. macam pemandangan yang memukau mata...membeliakkan kornea, mengangakan mulut sendiri....

ciptaan Allah memang sesempurna ciptaan. tak terbatas oleh apa-apa di dunia ni. walau di himpun sejuta saintis yang teror pun, takkan terlawan oleh ciptaan Allah.

lihatlah diri kita sendiri, cukup semuanya. ade telinga, mata untuk melihat, mulut yang boleh ternganga terkatup sendiri...tanpa kita sedar pun...tak da satu wayar  atau alat telekomunikasi pun disambung-sambung ke badan untuk memberikan signal dari otak ke anggota yang lain....subhanallah!

kesemuanya memerlukan saraf yang diperintahkan oleh Allah untuk berkerjasama. jadi mampu lagi kita nak mendustakan nikmatnya?mampu lagi kita nak buat-buat lupa pada Die setelah banyak yang Die bagi pada kita?

fikir-fikirkanlah bersama, wahai semua yang membaca, terbaca....atau apa-apa sahaja. sesiapa yang menghina ciptaan Allah...sesungguhnya die kufur nikmat.dia lupa, dia alpa...semua yang jadi dengan izin Dia.takkan Dia sengaja mencipta sesuatu tanpa alasan dan hikmah.

situasinya disini, jika kita cantik atau buruk...itu semua kerja Allah. jangan kita sibuk dengan kerja Dia. jangan menilai seseorang dengan rupa paras...itu semua pinjaman, itu semua ujian.

kita cantik, itu ujian. kita buruk pun itu ujian....ujian untuk diri sendiri samada kita bersyukur atau tidak dengan Dia. kita cantik, esok lusa bila kita tua, buruk juga kita...berkedut juga kita. pakailah colagen, botox segala bagai, tetap nampak tua. jangan menipu Allah.

kita buruk hari ini, jangan bersedih. bersyukurlah sesungguhnya Allah masih menghidupkan kita hari ini...esok lusa kita tak tahu rupa kita macam mana....jika Allah menginginkan kita jadi cerah, kulit mulus...sekelip mata Dia boleh buat.

yang penting di sini, hati mahu bersih...aku mengingatkan diri sendiri dan juga para pembaca yang sudi membaca. kita sama pernah dan ada membuat salah, tipulah manusia mana yang tak pernah buat salah tu.dia bukan Nabi Muhammad yang kita sayang, yang kita cinta...

apa yang ingin aku sampaikan ni, janganlah double standard pada yang tidak dikurniakan rupa yang menawan. dan janganlah diagung-agungkan si cantik rupawan hanya kerana dia ada rupa.

nilailah dari hati seseorang (cantik atau tidak) kerana dia

  1. seorang yang jujur
  2. seorang yang berpegang teguh dengan tali Allah
  3. seorang yang baik budi perkerti
  4. seorang yang berfikiran positive
  5. seorang yang memang rajin dan amanah dalam kerja
  6. seorang yang sentiasa tawadhuk
  7. seorang yang tajam akalnya
  8. seorang yang menjaga auratnya
  9. seorang yang menjaga tuturnya
  10. seorang yang berdisiplin
haruslah kita ingat, manusia itu buruk atau cantik di mata kita, belum tentu dia buruk atau cantik di depan Allah. kita sendiri pun tak tahu adakah kita terpilih ke syurga atau tidak dan jika kita terpilih pun melalui pintu yang mana?

memang adat dunia, memilih yang cantik, yang indah, yang rupawan....memang tak dinafikan. tapi dari konsep rupa paras seseorang mahu dibandingkan dan dinilai, aku memang tidak setuju 200%. aku tahu sehingga sekarang konsep memilih paras rupa masih jadi trend untuk mendapatkan kerja, menaikkan pangkat dan juga mendapatkan kawan dalam dunia.

pesan aku kepada semua, berhati-hati dengan apa yang kita buat sehari-harian dalam dunia ini. terutamanya hubungan kita dengan manusia dan apa yang kita sudah lakukan kepada orang disekeliling kita. adakah kita berlaku adil kepada mereka?adakah kita zalim?adakah kita sudah terfitnah orang lain?
tanya tanya tanya dan tanya pada diri kita sendiri...jangan bersembunyi disebalik kekufuran...Allah nampak apa yang kita buat, bahkan 1 saat yang kita buat hari-hari pun akan dihitung di akhirat....nantikan azab yang pedih dari Allah jika kita memperlekehkan ciptaanNya....

bagi si cantik, jika anda seorang yang baik budi pekerti, menjaga aurat, taat pada Allah dan mempunyai pelajaran yang baik.. keberuntungan bagi anda di dunia dan moga di akhirat hendaknya. Amin.

Wallahualam.....

cikASheenakcakapjugakjugak: jika kita cantik anggap itu bonus, jika kita tak ada rupa, anggap itu kurniaanNya...bersyukur dan berdoalah semoga dipermudah segalanya.  

Thursday 13 December 2012

HambeKKK kau!

Assalamualaikum....

dush!kasi lempang sikit kepada yang berkenaan...insiden pagi tadi masih aku rasa sampai sekarang.
selama aku hidup 25 tahun kat dunia ni, belum pernah aku mengungkapkan kata macam tu, dan berkata macam tu pada orang lain...

tapi, yang berkenaan tu sudah mencabar kewarasan dan kesabaran aku 10 kali ganda!mana boleh aku biar kan macam tu sahaja....kau nak suruh orang pijak kepala kau???

bagi aku taklah, aku still ada maruah!sungguh aku tak berharta, tak da duet yang banyak....tapi aku ada harga diri.itu yang buat aku berharga dari yang lain dalam dunia ni.....

hari ini memang dalam sejarah!

rasa macam mimpi pun ada, aku lontarkan kata-kata macam tu pada yang berkenaan semata-mata nak selamatkan maruah aku yang dah dia calarkan 5 bulan yang lepas.dimaki hamun tanpa sebab, kata-kata kesat memang dah selalu dapat!selama ni, aku diam je, aku tak kuasa nak layan...aku pendamkan je!

tapi inilah hasil dan keputusan memendamkan perkara yang tak betul!dah jadi barah dah pun,dah makin parah!HAMBEKKK KAU!setepek kena kat muka.

kan aku dah kata, sabar aku ada batas....mau cabar lagi....dah kena dah pun kan!sakit tak hati kau????kena halau dengan aku sekali?seronok tak?best tak aku maki kau sama macam ko maki aku dulu?

lenkali ko try lah buat hal lg time aku nak semayang!dose kau dapat!maki hamun pun kau dapat!buat lah lagi....kali ni, aku bagi penyepak pulak!

Friday 7 December 2012

Aku Pasrah....

salam semua ...


blog ni dah macam diari kadang-kadang..tapi bukanlah aku boleh sewenang-wenangnya tulis macam-macam di sini...cuma kadang-kadang aku mengadu jugak apa yang aku tak boleh simpan sorang-sorang di blog kusayang ini...dah lebih setahun umurnya....

memang aku tengah serabut yang teramat sangat sekarang...semua yang ada dihadapan ku semuanya menghimpit....balik rumah berdepan masalah....pegi kerja pun serabut jugak...tapi tak lah seserabut balik rumah, cuma bila teringat apa yang bos buat pada aku...semacam mensabotaj hidup aku sendiri. masalah berkaitan hati dan perasaan pada masa yang sama. kewangan yang sempit...memang orang kata, sabar....dan aku pun sekarang tengah sabar...tapi sampai bila?kan sabar manusia pun ada hadnya...

ketika aku leka menulis entri ni, aku terdengar lagu di ikim.fm...dan lagu yang sedang didendangkan adalah berkaitan kesabaran dan dugaan...dari kumpulan Firdaus. tidaklah pula aku tahu tajuknya...

terasa kena dengan situasi aku sekarang

"segala takdir terima lah dgn hati terbuka...
diuji tahap keimanan...
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja mendapat ujian...
Allah rindukan rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan teruskan berdoa..."

itu antara rangkap-rangkap lirik yang sempat singgah di telinga..
terasa macam...Ya Allah mugkin inilah hikmahMu...
Alhamdulillah...Jika sabarku sekarang yang mampu bawa aku ke syurga...
aku bersyukur...aku rela Ya Allah...


Monday 3 December 2012

terkenang ku di masa lalu...

Assalammualaikum...

hai all...tadi belek punye belek FB punye gambar...jumpe gambar yg telah ditag oleh seorang sahabat di FB....muka time tu sangatlah mcm kekanak belasan tahun...hehehe.terase tue plak diri ini tetibe kan...tapi ekceli bukanlah tua tapi org kate lebih kepada MATURED okeh.

gambar yang telah ditag oleh sahabat di FB itu adalah sekitar pertandingan Ihtifal Nasyid Kotemporari 2008....2012 tolak 2008 kan 4 taun bezanye...padanlah masa tu nampak mcm kekanak....yelakan dulu xpandai nak pakai eyeliner.....bedak pun tempek bedak jonsun je...(pronoun mak aku). 

aku sangat lah nak cari sebenarnye gambar tu, dulu aku ade byk...tp semuanye gara-gara lappy yg sudah tersalah akidah lalu menjahanamkan dirinya sendiri....lalu semuanya hilang dibawak virus yang singgah di lappy aku....

gambar yang aku maksudkan adalah ini....



seronok masa ni, nak masuk nasyid ni bukan senang tau...siap ada ujibakat lagi....
ceh, kiranya ini antara suara yang sedap dipillih la...kuikuikui
tapi, yg paling menggembirakan masa tu, team kami telah dipilih oleh juri sebagai johan fakulti...
tak salah aku, siap ada komen lg kot...suara harmoni....hehehe
kami telah bergabung dengan studen diploma part 1...yg mmg sgt sempoi...
oh lupe....peristiwa ini berlaku waktu aku di sem 5, diploma UiTM KEDAH DIHATIKU...hehehe



tengoklah betapa selengenye muka aku ms tu...kikikiki
oh lupa lagi....those yg main purchasion mmg sgt berbakat...dan sgt expert...
tabik sepering pd naimah...duduk nombor 3 plg kiri ...
bdk ni mmg lah terror plus superb main that bonggo..


kami dpt beg bertulis "Ihtifal Nasyid Kotemporari" sebagai hadiah. beg ni adalah sejenis beg yg multipurpose!
boleh isi lappy and le charger inside...
also, aku gune time aku turun surau nak stadi..buat isi batal..hehehe
kan aku dah ckp multipurpose tadi...


ekceli, ini sesaje nak share cite...aku mmg amat gemar pd nasyid...smpai lah skrg...bukan bermakna aku tak layan lgsg pd modern music, R&B ke, Pop ke, hape ke...aku layan je...linkinpark pun feberet aku...
cuma aku tak boleh nak pisahkan diri aku dengan nasyid...sesetengah org layan sesuatu music tu bermusim...
tapi tidak la bagi aku...nasyid mmg aku boleh lyn smpai bila-bila pun...

kalo korg nak tau..(kalo korg xnak tau pun aku nak cite jugak, ini belog aku kan....hehehe)...aku dah menjebakkan diri dalam arena nasyid ni dari zaman bebudak lagi...bermula dari darjah 3 lg aku masuk pertandingan nasyid.....and the most of pertandingan aku lah yang jadi solo...hehehe!
ok, bangga jap...(sila kasi pelempang pada ini perempuan!)


cikASheenakcakapjugakjugak:kalo ade kat opis ni bertanding, boleh ke cik Ashee nak masuk?agak-agak elaimen sore lari x?kuikuikui


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...