::our journey::

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 1 March 2011

Warna-warna cinta



Mereka berkata hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa, gelap lah dunia

Warna-warna cinta yang terlukis di hatimu
Sematkan kasihmu dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempuna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin akan di lupa..

Apa warna cinta bila hidup sengkata
Apa warna cinta bila hati didusta
Dan apa warna cinta andai hati benar-benar dihargai..

Mereka berkata cinta itu putih
Bila hati sama-sama kasih
Tapi benarkah cinta itu putih…
Andai cinta dinodai dengan nafsu duniawi

Cinta itu indah tak kira apajua warnanya…
Kerana pencintalah yang mencorak halatuju cinta..
Dan dengan keizinan dari Yang Maha Pencinta
Maka cinta jadi bahagia
Tak kira rupa, tak kira warna…


Bercintalah kerana Dia, Berkasihlah DemiNya…nescaya hidup dan cinta diberkati…



cikASheenakcakapjugakjugak:  hakcipta terpelihara...AShee Dami 2011

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...